Thursday 22 September 2016

Jalan-jalan sambil Menjamu Mata dan Tekak...


Assalam..
Ekoran tidak dapat makan nasi ambeng masa bulan puasa lepas.  Tekak tu kiranya belum redah mengidamnya, mulut pun asyiklah sebut nasi ambeng warisan yang jual kat bazar ramadhan.  Ini cerita dalam perjalanan ke Teluk Intan, kami sengaja mengikut jalan lama Kuala Selangor - Sabak Bernam - Teluk Intan.  Alasannya kalau lalu highway bosan, ikut jalan lama banyak benda boleh menjamu mata dan tekak lagi pun kami bawa orang yang pertama kali lalu sini.  Bila terpandang resto ini di kawasan Tanjung Karang, bagai pucuk dicita ulam mendatang, haruslah singgah.



Kat sini jumpa tapai ubi, murah je satu bekas tu kalau nak banding harga KL.  Bila sampai Selabak saya bagi tahu  orang sana harga tapai ubi yang dibeli di Tanjung Karang.  Boleh diorang cakap mahal, sebab harga Selabak lagi murah.  



Nasi ambeng pilihan saya set dengan ayam masak kicap.


Adik pula pilih set nasi ambeng ayam masak merah.  Sebaliknya orang yang asyik cerita nak makan nasi ambeng hari itu boleh pilih menu lain pula.  Di pilihnya makan soto ayam, sabar jelah.


Lepas menjamu selera, kami teruskan perjalanan hajatnya nak singgah tengok hamparan sawah padi di Sungai Besar.  Tapi timing tak betul, masa itu orang dah lepas menuai padi, kalau singgah boleh tengok jerami sajalah.


Kawasan sempadan Selangor dan Perak, kami jumpa pula gerai yang menjual nira nipah.  Satu benda lagi yang tak akan dilepaskan untuk dinikmati, beli 3 botol terus.  Sebenarnya kami berdua je yang makan semua benda-benda ala ini, yang lain sebagai pemerhati saja.  Diorang tak suka tak kan nak paksa kan.  Dalam hati orang yang tamak, bestnya, boleh aku makan banyak-banyak seorang hahaha.  Malam dan keesokkan harinya kedua-dua tangan kebas, baru padan muka.  Tapi betul ker gara-gara minum nira tu buat tangan jadi kebas dan sengal-sengal tulang?.. 


Dalam perjalanan tu, banyak juga gerai menjual siput dan mentaram yang beroperasi.  Agaknya sekarang ini ada musim, tapi tak singgah pun sebab dah kenyang lagi pun kalau beli yang mentah takut tak tahan untuk di bawah balik nanti.  Beberapa bulan lepas kami ada ke kawasan ini untuk mencari mentaram tapi sekor pun tak jumpa.  Penjual tu kata selepas gerhana besar hari itu, mentaram tak muncul.
Wassalam.

No comments:

Post a Comment