Monday 19 September 2016

Sambal Tahun Kulit Lembu


Assalam...
Sebagai cacatan dan sumber rujukan masa hadapan, moh kita tengok step by step penyediaan sambal tahun kulit lembu.  Sukatan bahan-bahan untuk resepi ini memang tiada dalam sukatan metrik, main agak-agak saja.  Wak yang masak tu pun, senyum-senyum je bila di tanya pasal resepi.  Sebab tidak mahu terlepas pandang, mari duduk tepi dapur kita lihat sendiri cara nak memasak sambal ini. 


Ini rupa kulit lembu yang digunakan.  Ini yang sudah siap di rebus dan ready untuk digunakan atau dimasak.  Maaf tiada dibekalkan dengan gambar kulit lembu yang kering.  Kalau dapat yang kering tu kena rendam dan rebus dulu baru dapat rupa yang macam ini. 


Bahan rencah tu hiris halus macam dalam gambar atas, tips dari mbah lagi banyak lengkuas lagi sedap sambal tahun ni.  Pilih lengkuas yang muda agar senang dihiris.


Kalau tak suka atau susah nak cari kulit lembu kering, boleh gantikan dengan isi kerang atau isi kupang.


Sambal ini kalau rata macam tu saja pun ok, bagi yang tak nak makan dengan nasi.  Perlu balance rasa masin, pedas, lemak dan sedikit masam.



Sambal Tahun Kulit Lembu
sumber: Wak


Bahan-bahan
Kulit Lembu Kering (telah direndam dan direbus)
Halia*
Lengkuas*
Bawang putih*
Bawang merah*
Cili padi*
Santan
Garam
Gula
Serbuk perasa 
Asam Keping



Cara Penyediaannya
* Semua bahan-bahan bertanda '*', di hiris halus.
* Panaskan minyak, tumis bahan hiris kecuali cili padi hingga layu.  Sudah layu masukkan cili padi dan tumis lagi.
* Masukkan kulit lembu, dan asam keping kacau hingga sebati.
* Masukkan santan, ikut kepekatan dan lemak kuah yang di ingini.  Tapi biasa sambal ini cair @ ceroi, rasa santan tu light saja.
* Masukkan garam, gula dan serbuk perasa.  Bila dah dapat rasa masam yang sesuai, keluarkan asam keping yang dimasukkan tadi.
*  Biar mendidih seketika dan sesuaikan rasanya.  Tutup api dan hidang.




Mungkin tempat lain, lain cara nak sediakan sambal ini.  Nanti boleh lah share di sini ya.
Wassalam.

No comments:

Post a Comment