Tuesday 25 October 2016

Segarkan diri Di Sungai Chilling

Assalam...
Tajuk tu macam iklan jual jus buah je rasanya, hari yang kami pergi tu memang cuaca sangat panas lit lit jadi sesuai lah kan tajuk cerita.  Lupa pulak nak cerita pasal pergi tracking ke Air Terjun Sungai Chilling di Kuala Kubu Bahru beberapa bulan lepas.  Ini antara satu daripada persediaan untuk latihan projek Akinabalu kami.  Lama gila kan sebab Akinabalu pun dah selesai.  


Treckking ke air terjun Sungai Chilling memang best lagi-lagi sebab kami bawa diva-diva yang tak biasa main lumpur dan becak ini.  Cabaran dia senang jer, tak cukup diva kalau tak boleh nak pergi tracking masuk hutan.  Nak buktikan betul-betul diva kena ikut masuk hutan.  Lagi pun pergi balik hari bukan kena tidur sana pun. 


Seronok kalau dapat berkhemah macam mereka ini, tinggalkan seketika tilam empuk di rumah dan rasai tidur di dalam khemah.  Untuk berkunjung ke sini, terdapat beberapa peraturan yang perlu di patuhi oleh pengunjung seperti hanya boleh berkunjung pada hari jumaat hingga ahad, perlu daftar nama untuk hiking ke kawasan air terjun, bayar deposit  sebanyak  RM3.00 untuk setiap satu bungkusan makanan dan minuman.



Selesai pendaftaran, buat bayaran dan declare bungkusan makanan yang dibawa baru boleh melintasi jambatan gantung ini (starting point).  Perjalanan bermula dengan melalui denai hingga ke lintasan ke-2.  Ketika di lintasan ke-2 pun sudah sangat teruja dengan ikan kelah yang (jinak-jinak merpati).  Cuma ikan kelah di sini tidak mengigit kaki seperti ikan di Spa Fish Kampung Luanti, Ranau.  Jangan lupa beli makanan ikan di kaunter pendaftaran.


Antara lintasan yang mencabar adalah lintasan ke-3, perlu bergayut pada akar-akar kayu untuk turun dan melintasi sungai yang agak deras alirannya dan batu-batu yang licin.


Kupu-kupu jenis ini banyak berterbangan atas batu pada lintasan ke-3.


Lintasan ke-4 perlu meniti pada batang kayu ini, kalau anda gayat sila tanggalkan selipar atau kasut. 


Kami mengambil masa lebih kurang sejam untuk sampai ke Air Terjun Sungai Chilling.  Sebab ramai sangat manusia di sini, lepas ambil-ambil gambar kami berpatah balik ke kawasan lintasan ke-5 untuk bermandi manda di sana.


Walaupun terdapat deposit dikenakan untuk setiap bungkusan makanan dan minuman, masih ada lagi yang meninggalkan bekas begini di kawasan air terjun.


Ketika kami bermandi manda, terjumpa seekor ikan yang telah mati. Terdapat bekas luka pada bahagian perut ikan seakan ditikam/tercucuk/panah dengan benda tajam.  Siapa lah yang empunya kerja nie. 


Puas berendam lebih kurang sejam, kami pun bergerak balik.  Kemudahan air bersih, tempat salin pakaian, surau dan tandas hanya ada di kawasan entrance.  Kami balik dengan pakaian basah, tetapi sempat kering ketika sampai di kaunter pendaftaran.

Yang paling tak menahan, ada yang pakai sandal heel hiking sampai ke air terjun tu.  Dah nak pergi baru perasaan takde kasut sesuai yang boleh masuk ke dalam air, tu yang terpaksa sarung saja sandal tu.
Wassalam.

No comments:

Post a Comment