Friday 18 November 2016

Selamat Pengantin Baru...


Assalam...Dah dekat musim cuti sekolah ini, musim kenduri kahwin pun dah mula membuka tirai.  Setiap minggu sudah ada jemputan untuk diraihkan.  In Sha Allah akan kami hadiri jika dilimpahkan rezeki kesihatan dan kelapangan.


Ini kenduri minggu lepas di Kampung Sungai Pencala.  Ada dua pasangan pangantin, pengantin perempuan tu adik beradik kembar anak kepada rakan sekerja.  Menyempatkan sekejap pergi bersama rakan sekerja yang lain.  Kebetulan ketika kami sampai tu sama masa dengan kedatangan rombongan pengantin lelaki, jadi kami dapatlah menyaksikan pencak silat sebagai salam penyambut tetamu dan meraihkan rombongan pengantin lelaki.

Selamat menempuh alam rumahtangga kepada (kakak) Zhullaihah bersama pasangan dan (adik) Zhullaikah dan pasangannya.
Wassalam.

No comments:

Post a Comment