Monday 27 March 2017

Taman Bukit Tawau


Assalam...
Satu tempat istirahat dan perkelahan hujung minggu yang menjadi tumpuan di daerah Tawau Sabah adalah Taman Bukit Tawau.  Dalam perjalanan kami dari Merotai menuju bandar Tawau, tempat ini memang kami lalui, pernah sekali berkunjung ke sini dulu.  Singgah berehat sebentar (tak rehat mana pun sebab gatal kaki nak pergi tengok pokok tertinggi di dunia) sambil menunggu untuk bertemu rombongan sepupu dari Kalabakan.   


Pokok galenggang, herba yang sinonim dengan orang tua di kampung.  Berguna untuk mengubati penyakit kulit seperti gatal-gatal, panau dan kurap.


Tumbuhan renek, specis kulat / cendawan seperti ini senang dijumpai di celah-celah daun kayu atau pokok reput.


Sekali pandang tumbuhan ini seperti coral dalam laut, tak pasti sama ada ini tergolong dalam species kulat / cendawan atau apa. 


Boleh mandi manda di sini.  Di bahagian bawa sedikit kawasan ini terdapat jeram kecil tatpi dalam.  Sementara itu ditutup kepada pelawat atas sebab keselamatan terutama ketika musim hujan (ada beberapa kes kecelekaan pernah berlaku). 


Ada jambatan gantung yang merentasi sungai untuk kewasan perkhelahan.  Boleh lah nak feeling-feeling jadi sumandak do to lawa.


Dalam Taman Bukit Tawau juga terdapat taman kecil yang menempatkan beberapa tumbuhan renek terpilih.  Ada charge tambahan untuk masuk ke sini.


Walaupun saiz binatang ini kecil, tapi sangatlah menganggu kalau terjumpa.  Jadi takut, geli macamana ntah terasa macam ada je yang melekat kat badan.


Kalau dah sampai ke Taman Bukit Tawau, apa salahnya kita hiking sikit untuk melihat pokok tertinggi di dunia ini.  Rombongan sepupu yang ikut kami mencari pokok ini, nampak saja batang dah tahu nama dan jenis pokok.  Maklum lah lama duk dalam hutan kerja kem balak dulu-dulu.


Ranjau perjalanan mencari pokok tertinggi tu, kita cerita lain hari.
Wassalam.

No comments:

Post a Comment