Wednesday 4 October 2017

Pasar Malam Kota Kinabalu


Assalam...
Rindu mengamit nak bertandang ke pasar malam Kota Kinabalu.  Pasar malam di dalam bandar Kota Kinabalu terdapat di beberapa tempat dan dibuka pada setiap malam.  Pasar malam yang menjual bahan mentah dan makanan bermasak terutama makanan laut terletak di sebelah kiri, kanan dan belakang Pasar Kraftangan (Pasar Filipina) dan sebelah Pasar Besar (Pasar Gantung) di Todak Waterfront.  Manakala pasar malam Sinsuran dan pasar malam Kampung Air lebih tertumpu kepada jualan barangan perhiasan dan pakaian.  Sila pastikan tidak tersalah pasar malam bila anda berkunjung ya.



Pelbagai pilihan makanan laut yang telah dibakar, sedia untuk anda buat pilihan.  Jika anda bukan jenis yang terlalu cerewet dan malas nak tunggu lama, makanan laut yang dah siap bakar ini boleh menjadi pilihan.  Peniaga akan memanaskan sebelum menghidangkan kepada pelanggan.


Latok atau rumpai laut, sebagai hidangan tambahan pengganti kepada sayur-sayuran.  Tinggi kandungan kalogen, orang perempuan suka lah nie, boleh awet muda.  Tinggal dipilih oleh pengunjung dan peniaga akan buatkan kerabu.


Selain seafood yang sudah dimasak, turut disediakan yang mentah begini.  Pengunjung bebas untuk memilih dan minta mereka masakkan.


Bagi yang pentingkan kualiti dan kesegaran makanan laut boleh pilih yang masih mentah dan masih murah jika dibandingkan dengan harga yang ditawarkan di restoran.  Harga seafood mentah ada di sediakan mengikut jenis dan berat, harganya termasuk kos memasak. 


Untuk take away, snek makanan laut sebegini paling sesuai.  Walaupun gred atau saiz yang kecil, namun rasanya tetap sedap kerana semua yang disediakan itu adalah segar.


Kami suka berkunjung ke pasar malam yang menjual makanan laut ini, walaupun sekadar minum dan makan kudapan yang kami beli daripada gerai berdekatan.  


Kalau pantai timur terkenal dengan keropok lekor, jika berkunjung ke Sabah jangan lupa cuba pisang goreng.  Kudapan yang sangat digemari di Sabah dan boleh didapati di mana-mana.
Wassalam

No comments:

Post a Comment