Thursday 21 December 2017

Perkampungan Hang Tuah, Melaka


Assalam...
Lepas lunch rumah kak Idah hari tu, dia ajak keluar jalan-jalan, jom melawat kampung asal dia katanya.  Tok nenek kak Idah asal orang kampung Duyong, di mana terletaknya Perkampungan Hang Tuah sekarang ini.  Tujuan asal pembangunan Perkampungan Hang Tuah sebagai memelihara sejarah dan memasyurkan kembali lima (5) laksamana terbilang di zaman Kemasyuhuran Kesultanan Melayu Melaka.  


Perkampungan ini dipercayai wujud sejak zaman dahulu melalui hikayat lama, Lagenda Sungai Duyung.  Pendekatan yang cuba digunapakai untuk kampung ini adalah sebagai sebuah "muzim hidup" kerana turut melibatkan masyarakat setempat.  Ketika fasa pertama pembangunan kampung ini, berdekatan dengan perigi Hang Tuah ada didirikan sebuah balai adat yang boleh digunakan untuk sebarang acara.


Perigi Hang Tuah.  Duduk sejenak di tepi perigi, sambil cuci kaki dengan air perigi, boleh pulak nyanyi lagu si ikan kaloi.  Yang timbul berenang-renang si ikan puyu, silap perigi betul lah makcik ni. 


Di Satu kompleks yang lain di bina beberapa bangunan yang terdiri daripada bangunan auditodium dan 5 rumah tradisional melayu yang mewakili 5 laksamana, Laksaman Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Lekir, Hang Lekiu dan Hang Kasturi.  Setiap rumah dilengkapi dengan info berkenaan sejarah kepahlawanan setiap laksamana tersebut.  Dimanakah keberadaan keris Taming Sari yang sebenar?


Betul kah Hang Jebat itu penderhaka? sayang Hang Jebat hidup bukan pada zamannya, zaman orang tidak berani berkata tidak pada sesuatu yang salah atau bercanggah pada hukum.


Andai aku kaya, nak bina rumah kayu yang ada tangga batu seperti ini.  Indahnya hidup di desa bermesra dengan alam.


Cantuman tiang dan gelegar menjadi pasak pada rumah melayu lama.  Sambungan yang tidak menggunakan sebarang paku.


Cap ibu dan anak.  Saja usik kak Idah, esok-esok nak kahwinkan dak Shafiq atau Jasmin, sewa lah dewan kat perkampungan Hang Tuah nie.


Lawatan singkat, hanya dapat melihat yang luar-luar saja.  Nak detail kenalah masuk cari info dalam setiap galeri pameran.  
Wassalam.

No comments:

Post a Comment