Friday 22 December 2017

Puding Berkuah @ Cocktail


Assalam...
Selamat berhujung minggu dan bercuti panjang kawan-kawan.  Tak boleh balik kampung atau bercuti, boleh lah buat aktiviti shopping tingkap, gedung beli belah kat KL semua tengah celebrate YES kan sekarang nie.  Cuti-cuti dapat berkumpul bersama keluarga kan best, boleh main masak-masak dengan adik beradik.  Jom main masak-masak dengan menu puding pula.   


Puding Berkuah Cocktail
Sumber:  Mulia

Bahan Untuk Puding
1 cawan tepung kastard
1 cawan susu cair / santan
2 cawan air
1/2 cawan gula
sedikit garam

Cara Penyediaannya
*  Campurkan susu, air dan tepung castard bahan dalam periuk.  
*  Kacau sebati hingga tiada tepung yang berketul.
*  Campurkan gula dan garam.
*  Kacau adunan sepanjang memasak, guna api sederhana.
*  Masak hingga kental, berkilat dan meletup-letup.
*  Masukkan dalam acuan dan sejukkan.
*  Untuk menghidang, susun puding dalam mangkuk dessert dan tuangkan kuah puding.

Bahan Untuk Kuah
1 tin buah-buahan cocktail
1 tub nata de coco
1 tin susu cair
Gula secukupnya

Cara Penyediaannya
*  Campurkan susu cair dan air gula dari buah cocktail. semua haban dan didihkan sekejap
*  Didihkan seketika, sesuaikan rasa manis kuah.
*  Masukkan buah cocktail dan nata de coco.  Tutup api.
*  Sejukkan sebelum dihidangkan bersama puding kastard.




Semoga hujung minggu anda semua mengembirakan dan baik-baik saja.  Kita menghitung hari untuk cuti hujung minggu depan pula.  Tak sabar, tak sabar.
Wassalam.

No comments:

Post a Comment