Sunday 31 December 2017

Sokaifat Bani Saedah


Assalam...
Terjumpa taman ini pada pagi terakhir berada di Madinah al Munawwarah (sebelum bertolak ke Mekah al Mukkarmah petang itu) semasa dalam perjalanan, (berjalan kaki) dari tempat penginapan ke pasar.  Sokaifat Bani Saedah mengikut sejarah adalah tempat di mana Abu Bakar Al-Siddiq di pilih menjadi khalifah pertama selepas kewafatan Rasulullah SAW.


Sokaifat atau taman mendapat nama daripada nama  suku (Bani Saedah) yang memiliki tempat tersebut.  Kira rezeki nak ditemukan dengan tempat ini sebab pada hari sebelumnya saya hanya ternampak pasar (terletak bersebelahan dengan taman ini) daripada bangunan yang menempatkan bilik pameran berkenaan nama-nama Allah dan Nabi Muhammad SAW.


Setiap suku mempunyai sofaikat mereka sendiri, fungsinya sebagai tempat berkumpul atau lokasi untuk bermusyawarah ahli suku.  Sofaikat dahulunya tempat yang mirip aula, tetpi kini telah dijadikan sebagai taman oleh kerajaan Arab Saudi.


Pelbagai tumbuhan yang ditanam untuk menghijaukan taman ini terutama pokok kurma, tapi tak nampak pokok yang berbuah ketika itu (bukan musim agaknya).  Ada petugas yang menjaga rapi tanaman di situ, ketika kami singgah mereka tengah menyiram pokok dan mengemburkan tanah (ketika itu dah nak masuk musim panas)


Taman ini bersambung dengan Pasar Nabi yang terletak di hujung.  Rasulullah SAW telah meminta tanah kosong untuk dijadikan pasar agar kaum muslimin mempunyai pasar sendiri dan bebas daripada membayar sewa seperti yang dikenakan di pasar orang yahudi.  Bani Saedah telah menyerahkan tanah kosong tersebut walaupun pada asalnya tanah itu disediakan untuk tanah perkuburan.  


Jalan lurus jer dari hotel ke pasar, Taman Bani Saedah ini kiranya terletak di tengah-tengah perjalanan.  Selalu memang tak merayau ke mana-mana selain ulang-alik ke masjid dan hotel.  Hari last baru nak cari sedikit barang untuk dijadikan buah tangan.

Rasanya dalam pakej kami, lawatan ke tempat ini tidak termasuk dalam ziarah dalam.  Tetapi tempat ini senang untuk ditemui kerana hanya berada dibelakang bangunan pameran Muhammad the Massenger of Allah, jika dari hotel Mawaddah al Safwah dan hotel Movenpick jalan lurus ke depan.
Wassalam.

No comments:

Post a Comment