Wednesday 31 January 2018

Agnes Keith House, Sandakan


Assalam...
Nak habiskan cerita balik kampung tu hari, dah berkurun tak habis.  Macam tak balik dah gamaknya, in sha Allah sentiasa akan balik tapi nak buat cerita lain pulak lah kan.  Kemana lagi nak bawa anak cucu berjalan ke sini lah, lagi pun dekat jer dari bandar Sandakan tu, termasuk salah satu point dalam kawasan Sandakan Historical Trail.  Kalau rajin boleh ikut kembara macam yang disarankan dalam peta Jejak Warisan tu.



Rumah siapa yang kita lawat nie nek, takde pun dalam buku sejarah.  Dalam sejarah yang korang belajar memang tak ada, tapi kenalah datang untuk ambil tahu siapa dia Agnes Keith nie.  Best juga kalau ada rumah kayu macam rumah si Agnes nie kan nek, berangan pula dah cucu aku nie.


Ini lah dia si Agnes tu, pernah kan dengar nama gelaran Sabah "Land Below The Wind" dia lah yang tulis buku tu.  Melalui hasil penulisan beliau inilah secara tak langsung Sabah menjadi popular pada orang luar.


Antara buku-buku karangan Agnes Newton Keith yang dipamerkan.  Buku-buku karangan beliau berkisar tentang kehidupan keluarga mereka di negeri Sabah ketika sebelum, semasa dan selepas perang dunia kedua.  Banyak menceritakan adat dan budaya masyarakat tempatan, pribumi Sabah ketika itu dan keindahan alam semulajadi negeri Sabah.


Susunatur ruang di tingkat bawah, ada ruang untuk dining hall dan living hall.  Tempat mereka beraktiviti sekeluarga ataupun ketika menerima tetamu.  


Model peti sejuk Kerosene Electrolux yang dibawa masuk oleh Mr dan Mrs. Martin Johnson pada tahun 1935.  Mereka adalah pasangan pengembara dan photografer yang membuat kajian tentang hidupan liar dan adat budaya pribumi Sabah.  Peti ais yang tidak menggunakan elektrik untuk berfungsi sebagai alat bantuan keselesaan dalam cuaca tropika yang panas.


Sebuah bilik di tingkat atas dikhaskan untuk pameran barangan-barangan hiasan dan peralatan penting masyarakat tempatan ketika itu.  Mesin taip lama yang diletakkan di situ seakan simbolik bahwa tempat itu digunakan sebagai bilik bacaan atau pun bilik kerja penghuninya.


Relik kaki gajah liar yang ditembak oleh Harry Keith di batu 15, Kampung Gum-gum Sandakan pada tahun 1932.  Mengikut catatan sekarang kaki gajah itu berada dalam simpanan anak perempuan Agnes, Jean di Seattle Amerika Syarikat.


Ruang kamar yang luas berada di tingkat atas, dilengkapi dengan beranda.


Fungsi dan susunatur dalam kamar tidur sebagaimana yang digambarkan oleh Agnes.


Sebuah bilik audio visual disediakan untuk pelawat, tapi sayang ketika kami berkunjung tiada tanyangan.  Agaknya kena tempah atau perlu cukup corum untuk tanyangan kepada pelawat yang datang.


Selepas pasangan Agnes Keith meninggalkan Sabah pada tahun 1952, rumah ini masih dijadikan sebagai tempat pegawai konservasi hutan seterusnya sehingga tahun 1968.  Rumah ini telah mengalami kerosakan dan bersemak samun setelah dikosongkan.


Kerja-kerja membaik pulih dimulakan pada 6 April 2001 dan ia dibiayai oleh kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan. Manakala, Muzium Sabah adalah sebagai koordinator projek.  Ini merupakan anugerah negeri Sabah kepada Agnes Keith yang dianggap sebagai duta kepada Sabah melalui bukunya, Land Below The Wind itu.
Wassalam.

Wednesday 24 January 2018

Lao Mandre: Nasi Lemak Tanglin


Assalam...
Nasi lemak sejak 1948 di Kuala Lumpur dan menggunakan resepi original hingga kini.  Tagline bagi nasi lemak Tanglin, jika sejak 1948, memang lama kan.  Mungkin antara nasi lemak tertua yang ada brand di negara kita ini.  Moyang atau tok nek kita masak untuk family memang yang lebih lama cuma tak dikomersialkan.  Wujud sebelum merdeka, bukan saya jer yang belum lahir, agaknya ramai yang mak bapak pun tak lahir lagi masa tu.  


Kami pergi gerai di Food Court Tanglin yang terletak di Jalan Cenderawasih KL, dekat-dekat dengan Jalan Tanglin tempat mula-mula nasi lemak ini dijual.  Kawasan sekitar tu adalah tempat rekreasi dan tumpuan pelancong, Taman Burung, Taman Botani, Taman Orkid, Tugu Negara, muzium dan banyak lagi.  Lepas berolaraga, datang pekena nasi lemak memang best.


Pernah rasa nasi lemak ini, kawan yang tapau dari rumah kenamaan, dari situ lah tahu yang nasi lemak ini ramai penggemarnya dari golongan bawahan hingga lah orang atasan.  Ada beberapa outlet kalau nak cari nasi lemak tanglin ni, boleh berkunjung ke restoran mereka di TTDI dan Bangsar. 


Sedar diri kita insan marhain, jadi kita pergilah makan di gerai.  Sesuai sangat lah tu.  Sebenarnya sebab kami ada urusan jalan-jalan area tu di awal pagi, maka singgah lah sarapan nasi lemak tanglin di Jalan Cenderawasi ini.


Hahaha, ini ke pinggan nasi lemak insan marhain?  macam tak sedar diri je kan.  Kata nak makan puas-puas, tu yang nak rasa lauk utamanya, sebab lepas tu kena ikat perut balik.  Tiga set nasi lemak dengan jumlah kerosakan sebanyak RM30.00.  Tolong jangan fikir ini cerita nasi lemak 20 sen yek, sekarang dah tahun 2018 bukan tahun 1948 lagi. 


Hari kami pergi nie, hujung minggu dan macam ada cuti panjang waktu tu.  Ramai je yang datang awal nak menikmati nasi lemak sebelum gerai buka pada jam 7.00 pagi.  Masa dapat nasi lemak masing-masing pun, kena tunggu seketika baru mereka dapat hidangkan air.   


Lepas makan kita chow lah, nak pergi buat urusan lain pulak.  Lain kali boleh datang lagi bawa kawan-kawan.
Wassalam.

Wednesday 10 January 2018

Lao Mandre: Anak Dol Pizza - Pizza kayu Api Jerantut


Assalam...
Balik kampung pahang hujung tahun hari tu sebab nak bercuti dan pergi kenduri sepupu.  Balik dari kenduri singgah beli pizza kayu api yang tengah top di Jerantut, Pahang sekarang ini.  Pizza anak dol yang dibakar secara tradisitional menggunakan kayu api.  Gerai pizza ini, terletak di Kampung Bukit Dinding, tepi jalan utama Temerloh - Jerantut.  Kalau dari Temerloh jumpa pizza ini dulu sebelum jumpa bandar Jerantut.  Cari batu tanda tu betul-betul terletak bertentangan dengan kedai pizza.



Sebenarnya saya pun tak tahu pasal pizza nie, adik-adik ipar yang ikut pergi kenduri tu yang cakap.  Biasalah deme mesti follow benda-benda berkaitan dengan kampung deme kan.


Waktu jualan pizza ketika ini hanya pada 2.30 hingga 6.30 petang.  Beratur dan memang kena tunggu lama terutama hari-hari cuti.  Menurut adik yang bungkus tu, mereka sediakan doh pada sebelah pagi dan sebelah petang baru sediakan pizza mengikut pesanan.  Mereka buat pizza fresh dari scratch tau, bukan guna base frozen.  Kami petang tu, sejam lebih kot baru dapat pesanan, tapi dah alang-alang menyeluk pekasam, tunggu juga lah sampai dapat.


Harga pizza mengikut size S, M dan L.  Petang tu kami pilih ayam hawaii dan ayam sosej & mushroom, size M cukuplah sebab kedua mertua tak makan pizza, tak berehi katanya.


Inilah dapur yang digunakan untuk membakar pizza secara tradisional.  Betul-betul macam kat Italy negara asal kelahiran makanan nie, walhal kat Jerantut saja.


Setakat ini mereka hanya mempunyai satu dapur untuk membakar pizza, sebab tu kena tunggu turn nak selesaikan order pelanggan.  Sebelah dapur tu nampak macam dah ada rangka untuk buat dapur yang baru, so harap lepas ini masalah menunggu lama tu boleh diatasi.


Pada setiap proses mereka sebaik mungkin akan menjaga kualiti pizza yang mereka hasilkan, macam abang yang bakar pizza nie.  Saya nampak abang tu reject satu pizza yang terkena bara kayu walaupun yang kena tu hanya pada bahagian tepi pizza saja.  Abang tu cepat-cepat minta mereka yang sediakan topping buat yang baru.


Adik yang bungkus pizza tu bagi tahu, sekarang orang terlalu ramai yang datang selepas cerita pizza kayu api ini masuk tv.  Patutlah dari jauh dah nampak banyak kereta parkir di tepi jalan.  Sempat gali info sehari dapat jual berapa biji pizza? Lebih kurang 200-300 keping katanya.  Ligat otak nak kira berapa pendapatan jualan pizza sehari.


Lepas pos kat ig pasal pizza kayu api nie, sahabat saya 'dm' tanya sedap sangat ke?  Memang sedap tak caya try lah sendiri.  Setanding dengan pizza berjenama, lagi best sebab base pizza tu walau dah sejuk tetap lembut dan gebu.


Okey, kalau dah sampai Jerantut, jangan lupa cuba pizza kayu api yang dihasilkan oleh anak-anak Dol ya.
Wassalam.

Tuesday 9 January 2018

X'mas Pudding - Chocolate Mix Fruit


Assalam..
Sekarang kita kongsikan puding krismas yang kedua, versi coklat.  Yang ini pun tak kurang sedapnya macam yang pertama tadi (Carrot Pudding).  Resepi pun sama, cuma tukar lobak merah dan ceri kepada serbuk koko dan buah-buahan campur.  Semoga bermanfaat resepi dari chef Tee nie. 



X'mas Puding - Chocolate Mix Fruit
Sumber: Chef Tee


Bahannya
1kg mentega
1kg gula halus
1kg tepung gandum*
1kg telur (anggaran 18 biji)
1kg buah campur kering (gaul dengan sedikit tepung)
1 sudu makan baking powder*
1 sudu teh esen vanilla
3 sudu serbuk koko*
(bahan bertanda * ayak bersama)

 
Penyediaannya
*  Sediakan acuan dan glis dengan mentega dan tabur sedikit tepung.
*  Putar mentega dan gula hingga kembang.  masuk telur sebiji demi sebiji.  masukkan esen vanilla.
*  Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul perlahan hingga habis.
*  Masukkan buah-buahan campur.  Masukkan adunan ke dalam acuan yang telah disiapkan awal.  Adunan letak 2/3 acuan sahaja.  Tutup dengan cling wrap atau guna foil.
*  Kukus selama 2 jam.  
*  Hidang bersama kastard sos, sedap dinikmati ketika masih panas.


Sos Kastard
Sumber: Chef Tee


Bahan-bahan
1/4 cawan tepung kastard
1 cawan susu segar
1/2 cawan gula
sedikit esen vanilla
1/2 cawan air


Cara Penyediaannya
*  Sampurkan semua bahan kecuali esen vanila.  Kacau hingga sebati dan tepung tidak bertul-ketul.
*  Masak dengan api sederhana dan kacau hingga sos pekat.
*  Masukkan esen dan kacau hingga sos meletup-letup.
*  Tutupkan api dan hidang bersama puding x'mas.  


Ukuran resepi yang digunakan terlalu banyak, itu ukuran industri nak bagi orang ramai makan, nak buat kenduri.  Hari tu saya guna adjust bahan guna 250gm butter, cukuplah untuk makan dengan adik beradik.  Sos kastard pun suka buat yang cair-cair sebab kalau sos yang pekat, nanti sos tak masuk ke dalam puding.  Kalau resepi asal puding krismas, mereka ada campurkan alkohol rum atau brandi untuk menjadikan puding lagi moist dan sedap, yang tu sah-sah kita tak boleh ikut kan.  So guna saja resepi ini, hasilnya pun tetap sedap.
 

Jangan lupa cuba krismas puding nie, boleh buat untuk minum petang tak perlu tunggu hari krismas baru nak buat.
Wassalam.

X'mas Pudding - Carrot Pudding


Assalam..
Puding yang nampak macam kek, sangat suka yang ini dan selalu dapat makan menjelang sambutan krismas sebab chef buat untuk promo krismas dan new year saja, hari-hari lain illek poci.  Bila dah ada resepi, ikut lah suka nak buat hari apa pun takpe.  Tapi sebenarnya dapat resepi pun bukan terus buat, dah berapa krismas dah berlalu, chef yang bagi resepi pun dan jadi mendiang baru sampai seru nak buat.  Resepi Puding Krismas yang dikongsi oleh chef Tee ini ada dua, satu guna lobak merah dan satu lagi chocolate powder.  



X'mas Puding - Carrot Pudding
Sumber: Chef Tee

Bahannya
1kg mentega
1kg gula halus
1kg tepung gandum*
1kg telur (anggaran 18 biji)
1.5kg lobak merah (parut)
1 sudu makan baking powder*
1 sudu teh esen vanilla
1/2 sudu teh pewarna kuning telur
150 gm ceri merah - potong kecil.
(bahan tanda * ayak bersama)




Penyediaannya
*  Sediakan acuan dan gris acuan dengan mentega dan tabur sedikit tepung. 
*  Sediakan pengukus.
*  Putar mentega & gula hingga kembang.  masukk telur sebiji demi sebiji.  Masukkan pewarna kuning (jika suka) dan esen vanilla.
Campurkan sedikit tepung ke dalam parutan lobak merah.
Masukkan lebihan tepung sedikit demi sedikit dan gaul perlahan hingga habis ke dalam adunan.
*  Masukkan adunan ke dalam acuan yang telah disiapkan awal.  Adunan letak 2/3 acuan sahaja.  Tutup acuan dengan cling wrap atau guna foil.
*  Stim selama 2 jam.  
*  Hidang bersama kastard sos, sedap dinikmati ketika masih panas.



Sos Kastard
Sumber: Chef Tee


Bahan-bahan
1/4 cawan tepung kastard
1 cawan susu segar
1/2 cawan gula
Sedikit esen vanilla
1/2 cawan air


Cara Penyediaannya
*  Sampurkan semua bahan kecuali esen vanila.  Kacau hingga sebati dan tepung tidak bertul-ketul.
*  Masak dengan api sederhana dan kacau hingga sos pekat.
*  Masukkan esen dan kacau hingga sos meletup-letup.
*  Tutupkan api dan hidang bersama puding x'mas. 


Kalau tanya saya mana satu yang sedap, dua-dua pun sedap, tapi saya lebih suka puding carrot nie berbanding yang coklat.  Tapi itu pilihan masing-masing.  Jika penggemar coklat, mesti coklat yang sedap.
Wassalam.

Friday 5 January 2018

Lao Mandre: Gegey Restoran


Assalam...
Ada orang gege nak gi makan kat sini selepas dia tengok restoran ini masuk dalam satu rancangan tv.  Itu selepas dia tengok siaran tv tulah, tapi lepas tu lupa.  Suatu hari berjimba di Shah Alam, lepas program malam tu, ingat nak cari makan dulu sebelum balik rumah.  Kami ke syeksen 7, sebab memang sana jer tempat yang selalu pergi dan tahu beberapa resto.  Mula nak pergi resto yang kat corner tu, tapi en.Abe terperasan resto Gegey ini kat sebelah terus masuk sini.  Ramai juga lah pelanggan, sampai ada beberapa group yang terpaksa tunggu untuk dapatkan tempat duduk kosong.
 

Tengok pelanggan ramai budak-budak muda, menu hipster seperti ini memang mereka gemar lah, tak kurang  juga yang bawa family.  Ada beberapa group tu saya perasan balik lepas beberapa minit, mungkin tak biasa dengan konsep kat sini kot.  Kami pun sampai terus cari tempat duduk, pastu pelik nape takde seorang pun yang datang tanya.  Rupa-rupanya kena pergi sendiri kat kaunter, pilih menu, bayar baru tunggu diorang hantar makanan. 


Selection menu ada di bunting yang di letakkan dekat dengan kaunter cashier.  Jangan tunggu pelayan datang bawa menu, nan hado. Terus jer terjah cashier.


Bahagian dalam resto semua meja dah penuh, itu pun ada yang masih beratur menunggu yang kosong.  Kami duduk lah kat meja luar yang berpayung tu, kerusi meja yang basah pun lap sendiri, sedih uhuhuh...


5 Extreme drinks namanya, apa yang extreme tak tahulah.  Kalau yang extreme nie, kita pilih satu deko ikut 5 pilihan nama yang ada dan air tu pun boleh pilih nak air apa.   Saya pilih deko rainbow dan minta milk tea, extreme lah tu kan citarasa orang kampung pilih teh susu hahaha.  Atas sekali di letakkan satu slice kek rainbow.


Sebab dah lewat malam tu, menu yang berasaskan nasi semua dah habis, tinggal menu western saja ada.  Order yang ala carte, kalau datang group boleh try gegey plater.  Saya pilih chicken chop ini.


Lamb chop pilihan en.Abe.


Komen dari orang dapur, kalau nak makan menu western tapi serve sejuk memang hancus, kena on the sport grill and serve.  Sebab tu menu western tak boleh jual murah.  Jadi kalau pergi makan menu western yang claim murah-murah tu umpama pay peanut get monkey.   Aiyooo, tak berani nak komen.
Wassalam.