Tuesday 9 January 2018

X'mas Pudding - Chocolate Mix Fruit


Assalam..
Sekarang kita kongsikan puding krismas yang kedua, versi coklat.  Yang ini pun tak kurang sedapnya macam yang pertama tadi (Carrot Pudding).  Resepi pun sama, cuma tukar lobak merah dan ceri kepada serbuk koko dan buah-buahan campur.  Semoga bermanfaat resepi dari chef Tee nie. 



X'mas Puding - Chocolate Mix Fruit
Sumber: Chef Tee


Bahannya
1kg mentega
1kg gula halus
1kg tepung gandum*
1kg telur (anggaran 18 biji)
1kg buah campur kering (gaul dengan sedikit tepung)
1 sudu makan baking powder*
1 sudu teh esen vanilla
3 sudu serbuk koko*
(bahan bertanda * ayak bersama)

 
Penyediaannya
*  Sediakan acuan dan glis dengan mentega dan tabur sedikit tepung.
*  Putar mentega dan gula hingga kembang.  masuk telur sebiji demi sebiji.  masukkan esen vanilla.
*  Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul perlahan hingga habis.
*  Masukkan buah-buahan campur.  Masukkan adunan ke dalam acuan yang telah disiapkan awal.  Adunan letak 2/3 acuan sahaja.  Tutup dengan cling wrap atau guna foil.
*  Kukus selama 2 jam.  
*  Hidang bersama kastard sos, sedap dinikmati ketika masih panas.


Sos Kastard
Sumber: Chef Tee


Bahan-bahan
1/4 cawan tepung kastard
1 cawan susu segar
1/2 cawan gula
sedikit esen vanilla
1/2 cawan air


Cara Penyediaannya
*  Sampurkan semua bahan kecuali esen vanila.  Kacau hingga sebati dan tepung tidak bertul-ketul.
*  Masak dengan api sederhana dan kacau hingga sos pekat.
*  Masukkan esen dan kacau hingga sos meletup-letup.
*  Tutupkan api dan hidang bersama puding x'mas.  


Ukuran resepi yang digunakan terlalu banyak, itu ukuran industri nak bagi orang ramai makan, nak buat kenduri.  Hari tu saya guna adjust bahan guna 250gm butter, cukuplah untuk makan dengan adik beradik.  Sos kastard pun suka buat yang cair-cair sebab kalau sos yang pekat, nanti sos tak masuk ke dalam puding.  Kalau resepi asal puding krismas, mereka ada campurkan alkohol rum atau brandi untuk menjadikan puding lagi moist dan sedap, yang tu sah-sah kita tak boleh ikut kan.  So guna saja resepi ini, hasilnya pun tetap sedap.
 

Jangan lupa cuba krismas puding nie, boleh buat untuk minum petang tak perlu tunggu hari krismas baru nak buat.
Wassalam.

No comments:

Post a Comment