nuffnang_bid = "6d3fefaa2657f8901dfaPages

Showing posts with label Ayam. Show all posts
Showing posts with label Ayam. Show all posts

Monday, 17 July 2017

Ayam Masak Lengkuas @ Nasu Likku


Assalam..
Bagi saya apalah ertinya berhari raya tanpa hidangan masakan tradisi nenek moyang. Ada yang tak  setuju ker? saya dulu pun tak setuju juga, masa remaja selalu argue dengan mak, takde menu lain ke nak masak untuk raya.  Cuba masak benda yang best sikit, simple dan moden.  Jiwa muda memang suka nak memberontak bila diminta buat kerja-kerja yang renyah seperti menolong untuk menyediakan bahan untuk menu masak lengkuas ini.  Mak dulu tak suka bila lengkuas tu diblend, kena lah tumbuk dengan lesung kayu (lesung besar buat dari kayu keras, kayu belian) atau diracik halus mahupun diparut.  Itu baru cerita nak sediakan bahan,  bab nak parut kelapa, perah santan dan menumbuk rempah, belum masuk bab nak memasak lengkuas lagi.  Kalau kurang sabar memang cabut lari jawapnya, tak pun goreng jelah ayam tu jadi ayam goreng upin ipin.



Ayam tua atau ayam pencen ataupun ayam kampung yang terbaik untuk menyediakan ayam masak lengkuas.  Ini kerana masa memasak yang lama dan perlahan, akan dapat melembutkan isi ayam secara perlahan-lahan.  Jika menggunakan ayam daging atau ayam dara, jangan masukkan ayam terlalu awal.  Tunggu sehingga lengkuas dan santan menjadi pekat, baru masukkan ayam untuk mengelakkan ayam hancur.


Semasa memasak ayam lengkuas ini, perlu sentiasa di awasi supaya jangan sampai berkerak dan hangus.  Orang tua-tua memang tak tinggalkan dapur apabila kuali sudah bertenggek di atas tungku dapur.  Cara saya guna api yang sangat perlahan dan akan kacau dasar kuali setiap 10 minit or 15 begitu sehingga kering.


Mak-mak kita masak takde resepi yang standard yang guna ukuran metrik, semua main agak-agak. Bawah ini saya dah kirakan bahan-bahan yang digunakan. 

*Nota penting: Guna lengkuas lebih, santan pun kena lebihkan. 



Ayam Masak Lengkuas
Sumber: Hajjah Timah

Bahan-bahan
1 ekor ayam tua / kampung - potong 16
1.5kg santan
500gm lengkuas - racik halus atau blender (buang jusnya)
15 biji bawang merah*
10 biji bawang putih*
6 batang serai*
3 batang serai - ketuk
2 inc. halia*
2 biji bawang holland - belah 4
5 biji bawang merah - hiris
2 sudu makan serbuk lada putih
1 sudu makan serbuk kunyit
Air asam jawa
Garam
Serbuk perasa


Cara Penyediaannya 
*  Gaul ayam bersama serbuk kunyit, asam jawa dan serbuk lada putih.
*  Blender halus bahan bertanda '*'.  Masukkan serai yang diketuk, tumis hingga naik bau.
*  Masukkan santan, bawang holland, bawang merah dan lengkuas, masak lagi hingga santan sedikit pekat.
*  Jika menggunakan ayam pencen atau ayam kampung, boleh masukkan sekali bersama santan.
*  Sekiranya guna ayam daging, masukkan kemudian ketika santan dan lengkuas telah pekat, ini untuk mengelakkan ayam menjadi hancur.
*  Masak menggunakan api sederhana dan perlu sentiasa di kacau.
*  Untuk tahan lama, masak hingga kering dan  lengkuasnya menjadi seredak.
* Masak lengkuas akan mengeluarkan minyak lebihan apabila kita memasak hingga kering, toskan minyak lebihan jika tidak suka.
*  Hidangkan bersama burasak, tumbuk, ketupat atau lemang. 



Takde gambar yang proper untuk ayam masak lengkuas kali ini, sebab belum masak tetamu dah sampai dan yang memasak pun dah tak sabar nak makan.  Makan bersama burusak (gambar bawah) yang tak semengah sikit cara ikatannya.  Dapat makanan tradisi baru lah ada mood raya kan.

Wassalam.

Saturday, 12 November 2016

AYAM SAMBAL TOMATO DAUN SELASIH


Assalam...
Jenis sambal ini selalu buat untuk ikan, tapi hari itu buat untuk ayam pula.  Suka buat sambal guna cili hidup berbanding cili kering atau cili boh. Kebetulan daun selasih ada stock, beli sebab nak masak menu lain, tapi tak termasak-masak, jadi daripada layu tak terguna, kita masukkan dalam sambal ayam.  Lepas chef rasa dan dia kata ok, kembang setaman dalam hati, lepaslah piawai untuk kenyangkan perut sendiri.
 



Ayam Sambal Tomato Daun Selasih
Sumber: Mulia

Bahan-bahan
1/2 ekor ayam potong kecil
- perap dengan garam kunyit
3 tangkai daun selasih
2 biji tomato*
3 biji cili merah*
15 biji cili padi*
2 biji buah keras*
2 inci belacan*
2 biji bawang merah*
1 labu bawang putih*
2 biji bawang besar - hiris
garam secukupnya
2 cawan air
minyak untuk menggoreng



Cara Penyediaannya
* Goreng ayam hingga masak tetapi jangan garing.
* Blend bahan bertanda "*".
* Panaskan minyak dan tumis bahan blender hingga wangi atau naik minyak.
* Masukkan garam, bawang hiris dan ayam yang telah digoreng terlebih dahulu.  Tambah sedikit air dan kacau sebati.
*  Masak hingga kuah pekat dan tutup api.
*  Masukkan daun selasih dan hidangkan.

note- boleh tukar guna daun kemangi.

Wassalam.

Monday, 5 September 2016

Ayam Tempayan


Assalam...
Pernah makan ayam tempayan? saya pertama kali, ketika menghadiri jemputan kahwin di Segamat, Johor awal bulan lepas. Ayam tu bukan buat reban dalam tempayam ye, tapi di masak atau panggang dalam tempayan.  Satu kelainan cara memanggang ayam terkini, ingat dulu-dulu femes dengan ayam golek, sana sini orang sebut kesedapan menikmati ayam golek.  Sehingga ada yang syorkan, kena cuba ayam golek Pantai Dalam yang terbaik. 


Sebab kita orang sampai awal dan majlis belum mula lagi, jadi sempatlah melawat kawasan sambil meninjau pekerja-pekerja catering yang sibuk menyusun atur makanan di atas meja buffet.  Katanya ayam itu di perap selama 2 hari sebelum di panggang dalam tempayan besar.  Kalau tak sedap saja, lama tu nak perap.  



Tungku atau dapur arang yang mengandungi bara api diletakkan didasar tempayan.  Ayam perap akan disangkut dengan besi dan digantung mengelilingi mulut tempayan.   Akhir sekali tutup mulut tempayan menggunakan dulang besar.  Dengar bunyi merecik-recik lemak ayam apabila terkena haba panas dari bara api. 
 



Ingat penyamun jer yang suka pada tempayan (cerita P. Ramle dengan 40 penyamun), rupanya tokeh ayam panggang pun guna tempayan sebagai sumber rezeki.
 

Ayam panggang yang telah siap di panggang di simpan dalam tong besar kedap udara untuk memastikan ayam panggang sentiasa panas ketika dihidangkan.


Ayam tempayan yang telah siap dipanggang.


Ayam tempayan dihidang bersama sos khas, sosnya ala-ala thai cili sos lebih kurang.


Dah balik baru perasan tak ambil contact nombor orang yang buat ayam tempayan nie.  Sempat tanya harga jer, harga di kira per ekor ayam antara RM15.00 - RM18.00 seekor.
Wassalam.

Monday, 13 June 2016

Ayam Panggang Paprika Ala Che Nasa


Assalam...
Iftar hari ke-7, masih amalkan konsep berbuka puasa dengan apa yang ada, masak apa saja stock yang ada di dalam peti ais.  Walaupun hari ini sama-masa bercuti, hanya duduk di rumah membuat sedikit spring cleaning selebihnya berehat.  Niat nak siapkan sedikit kerja ofis yang dibawa balik tak menjadi, esok sajalah.


Menu ini pun dah dekat nak berbuka baru terlintas nak makan apa, mula-mula itu nak buat nasi goreng saja sebab ada lebihan nasi masa bersahur subuh tadi.  Sebab dia nak masak, kita pun minta yang mudah saja, kalau boleh hidangan sepinggan lengkap kata orang.  Kalau masak nasi mesti nak fikir masak lauk pauknya lagi kan.  So terlahirlah menu ayam panggang ini, letak ubi kentang dapat menggantikan nasi.  Sebab tiada herb segar, jadi berlari sebentar ke jaya grocer (untung ada supermarket orang kaya dekat rumah orang miskin, senang nak dapatkan benda tok nenek depa) dan capai sebungkus bun yang boleh dimakan bersama ayam panggang. 


Ayam Panggang Paprika Ala Che Nasa
Sumber: Nasa
 
Bahan-bahan
Setengah ekor ayam 
Kentang (potato chart) 
Carrot
Bawang holland
Tomato
Rosemary segar
Thyme segar
Minyak zaitun

Bahan Perasa
Serbuk paprika*
Serbuk lada putih*
Serbuk lada hitam*
Garam*
Oregano*
Tyme*
Basil* 
* campurkan semua bahan, kuantiti bahan adalah serba sedikit dan agak-agak secukup rasa.


Cara Penyediaannya
* Panaskan oven 180'C dan sediakan loyang untuk memanggang.
* Potong sayur-sayuran dalm bentuk kiub besar.
* Letakkan ayam yang telah dilumur dengan minyak zaitun ke dalam dulang pembakar.
* Letakkan potongan sayur-sayuran di sekeliling ayam.
* Lurutkan daun thyme dan rosemary segar dan tabur di atas ayam.
*  Akhir sekali taburkan campuran bahan perasa ke atas ayam dan sayur-sayuran.
*  Bakar ayam selama 45 minit atau sehingga masak.



Jika hendak menyediakan untuk ahli keluarga yang ramai, bolehlah gunakan seekor ayam.  Cuma tambahkan kuantiti sayuran dan bahan perasa.  Sayur lain seperti labu, terung panjang boleh digunakan kalau nak ganti carrot atau ubi kentang.
Wassalam.