nuffnang_bid = "6d3fefaa2657f8901dfaPages

Showing posts with label Daku Teruja Pada. Show all posts
Showing posts with label Daku Teruja Pada. Show all posts

Monday, 21 May 2018

Ramadhan Buffet Aroma Cafe



Assalam...
Masih ada yang bercadang ingin berbuka puasa secara istimewa diluar bersama keluarga atau teman-teman tetapi masih tak tahu di mana?  Di Aroma Cafe yang bertempat di Rumah Kelab PAUM (Persatuan Alumni Universiti Malaya) boleh dikunjungi.  Sebenarnya Buffet mereka start 18hh hari tu, tetapi masih belum terlambat untuk mereka yang berminat mendapatkan promosi early bird dengan harga RM50 seorang sehingga 24hb ini (harga biasa RM79).  



Kemeriahan dalam gambar ini adalah ketika dia adakan Ramadhan Priview beberapa minggu sebelum bermulanya ramadhan.  Tetamu memang sangat berpuashati dengan makanan yang dihidangkan, semua sedap-sedap belaka.


Telan air liur banyak-banyak ketika itu sebab tak dapat nak makan sangat.  Masih tak baik demam dan batuk ketika itu.  Pinjam method P. Ramlee, cium bau dah kenyang.  Kena pantang sebab kalau tidak saya jenis dapat batuk yang berpanjangan, lambat nak sembuh, nak cepat baik kena lah berpantang.


Nasi Beriyani Kambing.


Penggemar safood, terdapat pilihan daripada menu starter hingga ke menu utama.


Dim sum, freshly made and steam on the spot by chef.


Spring roasted whole lamb, lambat pergi photo hari tu, dah tinggal rangka.  Memang terbaik kambing panggang Eden Catering ini.


Salah satu signature dish mereka adalah Penang seafood char koay teow.  Ini betul-betul punya char koay teow, bukan yang berkuah tu.


Mereka yang berminat, boleh menghubungi nombor seperti yang tertera di bawah ini.


Wassalam.

Tuesday, 8 May 2018

Belajar Makan Sushi


Assalam...
Mari mencuba yang bukan menjadi kebiasaan, makan sushi agak jarang tak tahu kenapa.  Walau tak tahu makan tapi jangan pandang sebelah mata ye, kita tahu harga dan jenis-jenis sebab selalu order untuk event.  Kalau terkena stigma sebab tak lalu makan ikan yang mentah-mentah tu, sebenarnya banyak lagi menu bermasak yang boleh dicuba kalau ke resto sushi nie.  Suatu hari best fren ajak temankan dia makan sushi.  Jomlah kita ke Sushi King, dah ada sijil halal dia sekarang.  .


Best fren order yang ini, soba apa tak ingat.  Saya pencinta nasi, haruslah dengan set yang ada sup, grill salmon dan egg tofu tu.


Tambah order tempura, ada udang, ikan dan soft shell crab dalam tu.


Yang lalu kat conveyor tu pun ambil juga.  Mula satu pinggan, habis isi pinggan ambil lagi pinggan yang lain.  Tak sedar dah tinggi pinggan bersusun.  Harga ikut warna pinggan.


Selang tak lama dalam seminggu kot, ajak en.Abe ke sini lagi.  Tak puas lagi nak bersushi, konon-konon nak bagi dia juga suka apa yang kita mula suka.  Feedback ok, tapi kami hanya makan yang light saja, pilih-pilih atas conveyor dekat 10 pinggan juga lah yang habis.


Ketika kunjungan kali ke-2 tu, sempat rasa cheese kek ini.  Nampak kecil saiznya, tetapi sangat sedap.  So mesejnya jangan takut mencuba sesuatu yang bukan kebiasaan, kenapa lah lama sangat ambil masa nak makan, kan dah rugi. 
Wassalam.

Friday, 30 March 2018

Muzium Buya Hamka & Rumah Baca, Danau Maninjau

Assalam...
Jika adik memakan pinang
makanlah dengan sirih yang hijau
Jika adik datang ke Minang
Jangan lupa datang ke Maninjau.
(pantun oleh Bung Karno - Presiden Indonesia ketika itu)


Penghuni dari rumah yang berdepan dengan muzium Buya Hamka yang menyambut kedatangan kami terlebih dahulu.  Dia persilahkan kami singgah kerumah mereka nanti setelah melawat ke muzium kerana ada menjual buku-buku karangan Buya Hamka.


Di dalam muzium kedatangan kami dilayan oleh penjaga muzium, merupakan waris daripada Buya Hamka sendiri.  Kami nyatakan bahawa kami boleh melihat sendiri apa yang pamerkan kerana tidak mahu menganggu kerja-kerja bapak itu dan seorang pembantunya yang sedang melakukan kerja-kerja pembaikan dalam muzium. 


Bangunan muzium itu didirikan di atas tapak asal rumah kelahiran Buya Hamka, yang sederhana saiznya.  Terdapat 3 bahagian utama muzium yang menempatkan gambar-gambar keluarga, alat tulis yang digunakan ketika zaman itu dan kegiatan Buya Hamka ketika hayat beliau.  Sebahagian ruang lagi adalah bilik tidur dan sebelah satu lagi ruang menempatkan koleksi kitab dan buku-buku bacaan, sijil dan anugerah yang pernah diterima berserta buku karangan beliau sendiri.


Sebahagian bahan bacaan, sijil, piala dan buku-buku karangan beliau.


Mesin taip manual besar yang terletak di tengah-tengah ruang, alat bantu penulisan yang sangat diperlukan zaman dahulu.  Siapa yang tak pernah guna mesin ini, kira dia orang zaman now lah, celik-celik mata dah zaman degital.


Seterusnya kami pergi ke bangunan sebelah muzium.  Untung sebab hati itu Rumah Baca dibuka, dibuka pada hari-hari tertentu sebagai kemudahan penduduk setempat mendapatkan bahan bacaan.  Kira perpustakaan kampunglah nie, sebagai langkah nak terapkan semangat Pak Hamka agar cinta pada ilmu dan rajin membaca.


Penduduk tempatan boleh meminjam buku-buku daripada rumah baca sama ada dibawa balik atau membuat rujukan di sini sahaja. 


Petikan kata-kata keramat yang diambil daripada buku-buku karangan Buya Hamka turut dijadikan ilustarasi dalam rumah kaca.  Untuk tidak menghampakan orang yang mula-mula menyambut kedatangan kami tadi, kami ke rumah tersebut dan membeli beberapa buku karangan Buya Hamka sebelum bergerak balik.


Kawasan di sekeliling danau, merupakan kawasan yang subur untuk bercucuk tanam, seperti tiada seinci pun yang terbiar kosong semua telah diusahakan oleh penduduk setempat.  Kawasan yang mengarah ke lereng bukit giat dengan aktiviti pertanian.


Sementara di pinggir danau pula mereka mengusahakan ternakan ikan air tawar dalam sangkar.  Penyumbang utama bekalan ikan air tawar (ikan bilis danau, ikan emas dan ikan tilapia) untuk daerah Bukit Tinggi. 

Perjalanan pergi dan balik, bermula dari atas kelok pertama (44) hingga yang nombor 1 di bawah dan sebaliknya, tak jemu memandang ke arah Danau Maninjau.  Cuma tak kesampaian hajat nak basuh kaki dengan air danau.
Wassalam.

Thursday, 1 March 2018

Terjebak Dengan Go Shop


Assalam...
Zaman lah sungguh mudah nak perabih duit, tak dan panas dalam poket dah habis.  Kadang tak sempat pun singgah dalam poket "betui" duit tu dah habis.  Tekan sana tekan sini dengan hujung jari jah nak beli barang, semua ada tersedia.  Tapi part nak cari duit tu yang susah, kena guna tulang empat kerat, asem hangit ketiak semua sebab kena tanam dalam diri cari duit dari sumber yang halal baru boleh berkat.



Sebenarnya ini hasrat pak mertua yang dia suarakan masa balik cuti hari tu.  Minta tolong belikan benda nie, dia cakap duit dah ada dia kumpul-kumpul nak beli yang ini.  Dia kan dah ada masalah kesihatan (jantung) kenalah jaga makan.  Saya tanya mana tahu pasal benda ini, dia kata nanti tengok rancangan go shop yang ada pak nil tu.  Saya pun tak tahu yang ada air fryer yang murah macam ini sebab tengok brand lain memang mahal. 


Memang kalau asyik layan rancangan wow shop ke go shop tu, bergegar iman nak beli semua barang.  Nasib lah saya jarang tengok tv, website yang jual-jual barang pun malas nak layan, kalau ada nak beli tumpanglah ratu-ratu lazada, zalora yang ada kat keliling cheq ni..


Aik beli sampai 2 unit? tulah yang nak cerita dah terjebak ngan go shop nie.  Mula nak beli satu jer untuk pak mertua, tiba-tiba diri sendiri pun berkenan juga.  Positif ok, nak masak cara sihat kurangkan penggunaan minyak dalam menu harian.  Memang lemah iman betul, bila orang ajak shopping, dia boleh jadi lawan tokeh. 


Lepas ini kita tengok air fryer akan diguna dengan kadar segera atau kena jadi tukun tiruan dulu dalam store seperti nasib kawan-kawannya yang lain...hehehehe.
Wassalam.

Wednesday, 28 February 2018

Usrah ArRayan Dan Al-quran Bertanda


Assalam...
Sungguh bahagia petang tu sebab Allah rezekikan  kesempatan untuk menghadiri usrah oleh Ustazah Noor Hafizah Musa di kediaman mewah Dato Ramli dan Datin Nor Hafizah Saad.  Macamana boleh terjebak ke sini sebab memang saya bukan siapa-siapa pada datin Fiza pun, bukan kawan jauh sekali sedara.  Mulanya follow Ig dia sebab minat pada Al-quran yang datin jual.  Datin Fiza jual tafsir al-quran biasa tetapi diberi sentuhan khas yang menjadikan al-quran itu sangat istimewa dan cantik. 


Perempuan sangat lah kan, suka benda yang cantik-cantik, al-quran bertanda dan disertakan khatam tracking sekali.  Yang balut batu swarovski macam nie adalah special edition.  Untuk versi khatam ada yang khatam biasa (10 hari, 16 hari dan 30 hari) dan versi khatam untuk umrah dan ramadhan.


Ini susunan al-quran yang dah siap, tapi semua tu dah ada pemiliknya, boleh pandang saja.  Al-quraan bertanda ini dibuat mengikut tempahan pelanggan dan perlu masa antara 4 ke 7 minggu untuk disiapkan.


Malam tu, usrah santai bermula selepas maghrib oleh ustazah Noor Hafizah.  Usrah anjuran datin Fiza memang khas untuk wanita sahaja dan beliau selalunya hadkan kepada 100 tetamu sahaja sebab tempat adalah terhad.  Masing-masing ada rezeki sebab selalunya datin utamakan juga kepada orang yang baru nak join atau baru pertama kali datang usrah, so masing-masing ada peluang jadi tetamu. 


Antara perkongsian malam itu dari ustazah adalah mencari jalan ketenangan dengan cara mencari Allah.  Kena fahami konsep sebenar mengingati Allah beliau sarankan supaya kita hadirkan diri dalam majlis yang didalamnya ada mengingati Allah dan hindari majlis-majlis yang penuh dengan bangkai keldai.  


Yana jadi peneman petang tu, mula-mula ajak kawan yang lain, tapi sebab tak boleh bawa kanak-kanak, kawan tu pun tak boleh nak join.


Lepas usrah, tetamu dijamu dengan makan minum lagi oleh tuan rumah.  Memang kekenyangan kami malam tu dengan nasi tomato, puding raja, durian crepe, mini burger dan lain-lain lagi.  Datin Fiza kata, sebab tak jumpa durian elok, beliau hanya boleh sediakan crepe durian untuk tetamu.

Semoga bertambah-tambah murah rezeki dan dipermudahkan urusan tuan rumah yang sudi menerima kami sebagai tetamu malam itu.
Wassalam.

Thursday, 15 February 2018

Produk Cuci Rahim dengan Set DD


Assalam...
CSiti aromatherapy telah perkenalkan set DD yang dikenali sebagai set untuk cuci rahim.  Tapi ini bukan produk untuk cuci rahim selepas orang perempuan keguguran ya.  Takde kena mengena langsung.  Sebenarnya produk ini menolong para wanita untuk penjagaan dalaman, terutama organ pating iaitu rahim.  Macam-macam kan masalah orang perempuan nie, sengugut, period tak keluar-keluar, keputihan, ketumbuhan, darah mendap, kurang subur dan sebagainya.  Set DD basic terdiri daripada minyak DD (minyak zaitun Palestin), hot cream, lemon scrub dan propolis.  Setiap satu produk mempunyai peranan membantu organ dalaman membuang segala toksin melalui darah period.   Salah satu medium untuk melihat rahim wanita itu sihat atau tidak, melalui darah period mereka, ada darah period yang berketul, berlendir, berbuih, pekat dan waktu keluar juga tidak menentu.



Lemon scrub ini dipakai ketika sebelum mandi buat lulur  dan urutan sikit dibahagian bawah perut dan keliling pinggang.  Bukan nak tanggalkan sel-sel kulit mati saja, tapi kesan yang lebih sebagai melancarkan pengaliran darah.


Hot cream ini memang hot sangat-sangat, panas dia tahap nak kerabat dinding.  Pernah rasa panas pijor (pijau) tak, ah macam tulah tahap panas cream ni.  Pertama kali guna panas sampai berpeluh-peluh, lepas beberapa ketika rasa panas tu surut, badan akan rasa nyaman macam baru keluar sauna.  Kalau jenis tak tahan panas atau pertama kali mencuba, elok sapu sikit saja. 


Pil propolis dari madu lebah kelulut, menggalakkan penghasilan antibodi badan, kira protection dari dalam.  Rasa dia pahit dan ada bau yang tak menyenangkan sikit.  Masa ambil tu terus telan tak perlu hidu-hidu lagi.

Sebelum apa-apa yang lebih serius berlaku, kesan dari ciri-ciri yang atas tu, boleh lah cuba guna produk set DD.  Mencegah lebih baik dari mengubati kan, lagi pun produk ini diperbuat daripada bahan alami.  Setiap penyakit dan kesembuhan dari izin Allah semuanya.
Wassalam.

Tuesday, 6 February 2018

Cinta Zulaikha


Assalam...
Ini bukan cerita cinta manusia agung bernama Zulaikha pada Yusuf, tapi cerita cinta hamba kepada kek jenama Zulaikha.  Kek hasil dari air tangan bunda Zulaikha, sejak saya dapat rasa dan kenal terus jatuh cinta.  Ya saya suka akan benda manis-manis, menurun dari sebelah mak kot saya ni.  Mak saya memang penggemar manisan, kueh muih yang dia dia buat dulu semua jenis manis tahap potong kaki, tak panggil kueh katanya kalau tak manis dan Alhamdulillah pada usia emasnya dia bebas daripada  masalah kencing manis. 


Kenal kueh bika ambon nie, sejak duk Penang lagi, ramai kawan Indonesia (dari Medan) yang bila balik bercuti di kampung mereka akan bawa kueh ini sebagai buah tangan untuk kami.  Mereka juga yang kenalkan kueh jenama Zulaikha ini yang paling sedap.  Sekarang lagi senang sebab satu tempat kerja ni ada orang Medan, rumah dia dekat-dekat dengan Zulaikha pulak tu.  Setiap kali dia nak balik kampung mesti tanya kalau kita orang nak kirim apa-apa.  Masing-masing macam orang ngantuk disorongkan bantal.

Lapis legit ini memang terkenal di Indonesia, memang ada kelainan rasa berbanding dengan kek lapis Sarawak.


Kotak khas untuk saya, dalam tu ada bika ambon dan lapis legit.  Hanya saya seorang je penggemar bika ambon di sini, yang lain hanya pesan lapis legit.  Si amoi tu minta dibelikan 4 biji lapis legit untuk dihidangkan sempena gong xi fa chai nanti.


So mari lah makan kek sampai lebam sebab lepas ini kena rehat dulu ler.  Ada orang dah sound asyik makan kek jer, beli banyak-banyak pulak tu, macam mana dengan diet awak.  Makcik sentap ok, kena tegur sebegitu rupa...hahaha.
Wassalam.